Rakan Zakat Anda

 MENYINGKAP HIJAB ILMU DAN AMALAN YANG TELAH LAMA TERPINGGIR

BUKU RAKAN ZAKAT sebuah penulisan berbentuk artikel ini ialah sebahagian daripada usaha untuk menjelaskan perlaksanaan kefardhuan berzakat sebagai salah satu Rukun Islam yang masih dipinggir dan kurang difahami.  Buku ini terhasil melalui pengalaman dan pengamatan penulis secara secara peribadi untuk menyingkap hijab berhubung perkara itu.

Perihal Zakat menjadi pokok persoalan sejak dari dahulu lagi dan pada masa yang sama masih terdapat di kalangan masyarakat Islam tertanya-tanya di mana perginya wang zakat mereka? Bahkan ada yang bertanya, adakah dana yang sedia ada telah diurus dan ditadbir dengan baik?

Pertanyaan tentang zakat mungkin sesuatu yang mudah untuk ditanya. Bagaimana pun, jika diselami roh itu disebalik kefardhuan berzakat, ia ternyata bukan satu perkara enteng. Sehubungan itu, setiap isi artikel yang terkandung dalam buku ini, perlu direnungi dan difahami supaya perspektif terhadap zakat dan institusi yang mengendalikannya tidak terpesong daripada landasan sebenar seperti yang dikehendaki oleh hukum syarak.

 

 

 ROH DAN REALITI

BUKU RAKAN ZAKAT sebuah penulisan berbentuk artikel ini ialah sebahagian daripada usaha untuk menjelaskan perlaksanaan kefardhuan berzakat sebagai salah satu Rukun Islam yang masih dipinggir dan kurang difahami. Buku ini terhasil melalui pengalaman dan pengamatan penulis secara secara peribadi untuk menyingkap hijab berhubung perkara itu.

Perihal zakat menjadi pokok persoalan sejak dari dahulu lagi dan pada masa yang sama masih terdapat di kalangan masyarakat Islam tertanya-tanya di mana perginya wang zakat mereka? Bahkan ada yang bertanya, adakah dana yang sedia ada telah diurus dan ditadbir dengan baik?

Pertanyaan tentang zakat mungkin sesuatu yang mudah untuk ditanya.  Bagaimana pun, jika diselami roh itu disebalik kefardhuan berzakat, ia ternyata bukan satu perkara enteng.Sehubungan itu, setiap isi artikel yang terkandung dalam buku ini, perlu direnungi dan difahami supaya perspektif terhadap zakat dan institusi yang mengendalikannya tidak terpesong daripada landasan sebenar seperti yang dikehendaki oleh hukum syarak.

 

 

 

 ILMU, IMAN DASAR AMALAN

BUKU RAKAN ZAKAT ANDA : ILMU, IMAN DASAR AMALAN merupakan kesinambungan daripada penerbitan buku Rakan Zakat Anda I (Menyingkap Hijab Ilmu dan Amalan Yang Telah Lama Terpinggir) dan Rakan Zakat Anda II (Roh dan Realiti).  Buku ini lahir daripada penulisan artikel yang dikeluarkan setiap minggu dalam akhbar Mingguan Sarawak.

Masyarakat Islam hari ini semakin menyedari peri pentingnya kefardhuan berzakat yang merupakan salah satu dari Rukun Islam yang lima. Namun realitinya, kupasan ilmiah berhubung zakat oleh pengamal zakat terutamanya di Malaysia dan khasnya di Sarawak kurang diterbitkan dalam bentuk buku.  Justeru  buku ini Insya Allah berupaya membawa para pembaca untuk menyelami dan mendalami perihal kefardhuan berzakat dan institusi pengurusannya agar tidak terpesong daripada landasan sebenar seperti yang dikehendaki oleh hukum syarak.

Haji Abang Mohd. Shibli Haji Abang Mohd Nailie merupakan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak dan berpengalaman dalam pengurusan zakat sejak 9 tahun yang lalu.   Penulisan  beliau dalam buku ini akan membawa pembaca meneroka perihal zakat dari aspek hukum dan realiti sekaligus mengajak para pembaca semua untuk menjadi ilmu Iman sebagai dasar amalan.

 


ZAKAT : PELABURAN DUNIA DAN AKHIRAT

BUKU RAKAN ZAKAT ANDA – ZAKAT : PELABURAN DUNIA DAN AKHIRAT  merupakan kesinambungan daripada penerbitan buku Rakan Zakat Anda I (Menyingkap Hijab Ilmu dan Amalan Yang Telah Lama Terpinggir), Rakan Zakat Anda II (Roh dan Realiti) dan Rakan Zakat Anda III(Ilmu Iman Dasar Amalan). Buku ini lahir daripada penulisan artikel yang dikeluarkan setiap minggu dalam akhbar Mingguan Sarawak.

Masyarakat Islam hari ini semakin menyedari peri pentingnya kefardhuan berzakat yang merupakan salah satu dari Rukun Islam yang lima.  Namun realitinya, kupasan ilmiah berhubung zakat oleh pengamal zakat terutamanya di Malaysia dan khasnya di Sarawak kurang diterbitkan dalam bentuk buku. Justeru  buku ini Insya Allah berupaya membawa para pembaca untuk menyelami dan mendalami perihal kefardhuan berzakat dan institusi pengurusannya agar tidak terpesong daripada landasan sebenar seperti yang dikehendaki oleh hukum syarak.

Haji Abang Mohd. Shibli Haji Abang Mohd Nailie merupakan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak dan berpengalaman dalam pengurusan zakat sejak 10 tahun yang lalu. Penulisan  beliau dalam buku ini akan membawa pembaca meneroka perihal zakat dari aspek hukum dan realiti sekaligus mengajak para pembaca semua untuk menyelami bahawa zakat sebagai pelaburan dunia dan akhirat.

 

 

JIKA PERCAYA, YAKINLAH

BUKU RAKAN ZAKAT ANDA (RZA) JIKA PERCAYA, YAKINLAH merupakan kesinambungan daripada penerbitan buku RZA I (Menyingkap Hijab Ilmu dan Amalan yang telah lama terpinggir), RZA II (Roh dan Realiti) , RZA III(Ilmu Iman Dasar Amalan) dan RZA IV (Zakat : Pelaburan Dunia & Akhirat).  Buku ini lahir daripada penulisan artikel yang dikeluarkan setiap minggu dalam akhbar Mingguan Sarawak.

Masyarakat Islam hari ini semakin menyedari peri pentingnya kefardhuan berzakat yang merupakan salah satu dari Rukun Islam yang lima.  Namun realitinya, kupasan ilmiah berhubung zakat oleh pengamal zakat terutamanya di Malaysia dan khasnya di Sarawak kurang diterbitkan dalam bentuk buku.  Justeru  buku ini Insya Allah berupaya membawa para pembaca untuk menyelami dan mendalami perihal kefardhuan berzakat dan institusi pengurusannya agar tidak terpesong daripada landasan sebenar seperti yang dikehendaki oleh hukum syarak.

Haji Abang Mohd. Shibli Haji Abang Mohd Nailie merupakan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak dan berpengalaman dalam pengurusan zakat sejak 12 tahun yang lalu. Penulisan  beliau dalam buku ini akan membawa pembaca meneroka perihal zakat dari aspek hukum dan realiti sekaligus mengajak para pembaca semua untuk melihat zakat dalam perspektif lebih luas – InsyaAllah.

 

 

MODAL KECIL UNTUNG BESAR

BUKU RAKAN ZAKAT ANDA (RZA) : MODAL KECIL UNTUNG BESAR merupakan kesinambungan daripada penerbitan buku RZA I (Menyingkap Hijab Ilmu dan Amalan yang telah lama terpinggir), RZA II (Roh dan Realiti) , RZA III(Ilmu Iman Dasar Amalan), RZA IV (Zakat : Pelaburan Dunia & Akhirat) dan RZA V(Jika Percaya, Yakinlah). Buku ini lahir daripada penulisan artikel yang dikeluarkan setiap minggu dalam akhbar Mingguan Sarawak.

Masyarakat Islam hari ini semakin menyedari peri pentingnya kefardhuan berzakat yang merupakan salah satu dari Rukun Islam yang lima.  Namun realitinya, kupasan ilmiah berhubung zakat oleh pengamal zakat terutamanya di Malaysia dan khasnya di Sarawak kurang diterbitkan dalam bentuk buku. Justeru  buku ini Insya Allah berupaya membawa para pembaca untuk menyelami dan mendalami perihal kefardhuan berzakat dan institusi pengurusannya agar tidak terpesong daripada landasan sebenar seperti yang dikehendaki oleh hukum syarak.

Haji Abang Mohd. Shibli Haji Abang Mohd Nailie merupakan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak dan berpengalaman dalam pengurusan zakat sejak 12 tahun yang lalu. Penulisan  beliau dalam buku ini akan membawa pembaca meneroka perihal nilai-nilai kehidupan yang ada kaitan dengan  zakat, sadaqah dan wakaf  dari aspek hukum dan realiti sekaligus mengajak para pembaca semua untuk melihat zakat dalam perspektif lebih luas – InsyaAllah.

 

 

MENGAJAK BUKAN MENGHUKUM

 BUKU RAKAN ZAKAT ANDA (RZA) MENGAJAK BUKAN MENGHUKUM merupakan kesinambungan daripada penerbitan buku RZA I (Menyingkap Hijab Ilmu dan Amalan yang telah lama terpinggir), RZA II (Roh dan Realiti) , RZA III(Ilmu Iman Dasar Amalan) dan RZA IV (Zakat : Pelaburan Dunia & Akhirat), RZA V (Jika Percaya Yakinlah dan RZA  VI (Modal Kecil Untung Besar). Buku ini lahir daripada penulisan artikel yang dikeluarkan setiap minggu dalam akhbar Mingguan Sarawak.

Masyarakat Islam hari ini semakin sedar dan mula berjinak untuk mendapat ilmu pengetahuan. Mengambilkira perkembangan itu, buku ini Insya Allah berupaya membawa para pembaca untuk menyelami dan mendalami perihal ilmu dalam kehidupan selain memberi fokus kepada kefardhuan berzakat dan institusi pengurusannya agar tidak terpesong daripada landasan sebenar seperti yang dikehendaki oleh hukum syarak.

Datu Haji Abang Mohd. Shibli Haji Abang Mohd Nailie merupakan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak dan berpengalaman dalam pengurusan zakat sejak 13 tahun yang lalu. Penulisan  beliau dalam buku ini akan membawa pembaca meneroka perihal zakat dari aspek hukum dan realiti sekaligus mengajak para pembaca semua untuk melihat zakat dalam perspektif lebih luas – InsyaAllah.

 

 

Bagi anda yang beminat untuk mendapatkan koleksi Buku Rakan Zakat Anda, silalah ke Pejabat atau menghubungi Tabung Baitulmal Sarawak yang berhampiran untuk keterangan lanjut.


Google Plus YouTube RSS

PENAFIAN: TBS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi skrin 1280x1024.