Wakaf

Wakaf merupakan salah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam. ia merupakan amal soleh yang pahalanya tidak akan putus-putus diberikan Allah kepada pewakaf, selama harta atau ain yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.

Perkataan "WAKAF" berasal daripada bahasa Arab waqf yang bererti "menghentikan" atau "menahan". Ertinya, seseorang menghentikan hak milik sesuatu harta dan menahan diri daripada menggunakannya dengan cara menyerahkan harta itu kepada pengelola untuk digunakan bagi kepentingan umum.

WAKAF AM
Wakaf Am merujuk kepada amalan menyerah harta wakaf kepada pihak pentadbir wakaf dengan tidak menyatakan sesuatu tujuan tertentu dalam perwakafan hartanya. Dalam erti kata lain, harta itu boleh dibangunkan bagi apa-apa maksud, asaklan ianya sesuai dengan kehendak syarak.

WAKAF KHAS
Wakaf Khas ialah wakaf yang diasaskan kepada tujuan pewakaf secara spesifik semasa menwakafkan hartanya. Pewakaf akan menyatakan secara spesifik tujuan wakaf itu seperti wakaf khas untuk pembinaan masjid, surau, perkuburan dan sebagainya. Ini bermakna, harta wakaf tersebut hendaklah digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan secara khusus itu.


RUKUN WAKAF


PERANAN TBS DALAM WAKAF


Wakaf dan Pembangunan Ummah

Wakaf merupakan salah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam. Ia merupakan amal soleh yang pahalanya tidak akan putus-putus diberikan Allah kepada pewakaf, selama harta atau ain yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.

Di samping itu, kepentingan sosio ekonomi, motif dan tujuan wakaf dalam Islam adalah untuk menghampirkan diri kepada Allah S.W.T. sematamata. Dalam pembangunan ekonomi moden,
wakaf berpotensi untuk menjadi salah satu wadah pembangunan ekonomi umat Islam sekiranya diurus dan ditadbir secara terancang dan sistematik dengan berlandaskan kepada hukum dan kaedah wakaf.

Waqaf sudah menyumbang ke arah kecemerlangan ummah sama ada dalam bidang pendidikan, perubatan, pertanian dan pembangunan spiritual. Pendek kata, pembangunan ekonomi ummah turut direalisasi oleh dana waqaf di samping sumber lain.

Sejarah dunia juga membuktikan bahawa dana dan hasil yang diwakafkan dapat membantu dalam
pembiayaan pembinaan masjid, perkuburan, hospital, sekolah, perpustakaan awam, rummah kebajikan dan penempatan anak yatim, gudang, kilang roti dan tepung, kilang perusahaan dan lain-lain tujuan kebajikan, pendidikan, kesihatan dan keagamaan. Pendek kata, waqaf pada hakikatnya mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembangunan masyarakat. Ia dapat meningkatkan taraf sosioekonomi umat Islam di mana agama Islam itu sendiri dapat dimartabatkan sebaiknya. Amalan masa kini menunjukkan wakaf boleh menjana pendapatan lebih tinggi seperti pembabitan dalam bidang pelaburan dan komersial.

Sistem dan amalan wakaf telah menyumbang banyak manfaat kepada masyarakat Islam. Oleh
yang demikian, usaha yang gigih dan pelan strategi yang mantap perlulah dirancang dan dilaksanakan dari pelbagai perspektif bagi memastikan objektif sebenar sistem wakaf dalam syariat Islam benarbenar dapat direalisasikan di Sarawak.

DIAGRAM SEPINTAS LALU WAKAF



Google Plus YouTube RSS

PENAFIAN: TBS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi skrin 1280x1024.