BELAJAR BERTERIMA KASIH
Lafaz terima kasih adalah mudah untuk dilafazkan oleh sesiapa sahaja. Namun yang menjadi persoalan, kenapa ada dalam kalangan kita begitu sukar untuk melafazkan ungkapan keramat ini. Penulis berkata sedemikian adalah kerana terima kasih bukan sekadar lafaz semata-mata tetapi ia hendaklah dilihat pada perspektif yang lebih luas dari sudut minda sehingga cara seseorang melihat perhubungannya sesama insan yang lain.
|