Usaha Pencegahan Rasuah TBS

Dalam memastikan usaha – usaha pencegahan rasuah dapat dilaksanakan secara menyeluruh, TBS akan melaksanakan dan memastikan dasar, perintah dan undang – undang berikut dipatuhi.

1.Tindakan Ke Arah Mencegah Rasuah, Penyelewengan Dan Penyalahgunaan Kuasa Dalam Tabung Baitulmal Sarawak

Prosedur yang merangkumi arahan dan peraturan yang berkuatkuasa serta peranan penyelia ke arah mencegah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku di dalam TBS melalui penguatkuasaan Terma dan Syarat Perkhidmat, Majlis Islam Sarawak, Perkara 40.0 (Disiplin).

2.Penerapan, Pengukuhan Dan Pemantapan Nilai-Nilai Murni Dalam Tabung Baitulmal Sarawak

Prosedur berkenaan langkah yang boleh diambil bagi menerap, mengukuh dan memantapkan nilai-nilai murni, peranan pengurusan atasan dan warga kerja TBS boleh dirujuk kepada MS ISO  1900:2014 (Perspektif Islam)

3.Dasar Penerimaan Hadiah dan Tajaan

Mana-mana warga kerja TBS hendaklah tidak, secara langsung atau tidak langsung, meminta, menerima sebarang hadiah, ganjaran, keraian, pinjaman, atau apa-apa nilai kewangan untuk diri sendiri ataupun orang lain daripada mana-mana orang, pihak-pihak, ejen, pembekal, kontraktor, atau mana-mana pihak-pihak lain dalam melakukan tugas rasmi sepertimana dinyatakan di dalam Prosedur Pengendalian Hadiah (TBS/POLISI/ABMS/02).

4.Pekerjaan Luar         

Warga kerja TBS yang ingin melakukan pekerjaan luar perlulah terlebih dahulu memperolehi kelulusan daripada Bahagian Sumber Manusia, Ibu Pejabat TBS melalui perakuan daripada Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak berdasarkan syarat tertentu seperti digariskan di dalam Terma dan Syarat Perkhidmat, Majlis Islam Sarawak, Bahagian H, Perkara 34.0, Kegiatan Di Luar Agensi Masing-Masing dan MIS.

5.Pusingan Kerja dan Penempatan Pegawai

Panduan dan tatacara berkaitan pelaksanaan penempatan pegawai, bidangkuasa, permohonan pertukaran, pertukaran pegawai bermasalah, pembiayaan pertukaran, tanggungjawab Ketua Jabatan, penalti, penangguhan pertukaran dan panel pertukaran boleh dirujuk kepada Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Baitulmal dan Terma & Syarat Perkhidmat Majlis Islam Sarawak, Bahagian A, Perkara 11.0, Perpindahan / Dipinjamkan yang berkuatkuasa.

6.Kewajipan Melapor Rasuah

Memberi kesedaran kepada warga kerja TBS tentang peranan dan tanggungjawab untuk melaporkan rasuah daripada mana-mana orang yang berurusan dengan organisasi dan juga panduan tindakan yang perlu diambil oleh pegawai jika diberi, dijanji atau ditawarkan rasuah selaras dengan kehendak seperti dinyatakan di dalam Terma dan Syarat Perkhidmat, Majlis Islam Sarawak, Bahagian H, Perkara 41.0, Laporan Tentang Salah Laku/ Ketidakcekapan.

7.Perlindungan Pemberi Maklumat

a) Pemberi maklumat (whistle blower) boleh melaporkan sebarang isu melibatkan integriti, salah guna kuasa dan rasuah yang dihadapinya melalui kaedah pelaporan khusus yang ditetapkan oleh organisasi.

b) Pemberi maklumat juga boleh mendapat pengiktirafan daripada organisasi hasil maklumat yang disalurkan melalui pelaksanaan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat di Tabung Baitulmal Sarawak.

 

 


Google Plus YouTube RSS

PENAFIAN: TBS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi skrin 1280x1024.