TABUNG BAITULMAL SARAWAK (TBS) komited untuk melaksanakan Dasar Anti rasuah seperti berikut:
1.TBS komited untuk melaksanakan kod etika mengenai larangan rasuah kepada semua warga kerja TBS dan aktiviti TBS dan perhubungannya dengan pihak Pemegang Taruh (stakeholder) bagi memastikan segala ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa dapat ditangani dengan cekap dan berkesan.
2.Dasar ini adalah bertepatan dan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan lain-lain akta yang berkaitan.
3.Dasar ini juga bersesuaian dengan halatuju TBS iaitu Visi, Misi, Objektif dan Pelan Strategik.
4.Dasar ini terpakai kepada semua ahli Lembaga Baitulmal & Wakaf (LBW), Pengurusan TBS dan anggota kerja TBS dan Pemegang Taruh (stakeholder) dalam urusan TBS dan digunakan sebagai kerangka kerja dalam penetapan, penyemakan dan pencapaian objektif antirasuah.
5.LBW dan pihak pengurusan komited untuk melaksanakan semua polisi dan prosedur bagi mencegah, memantau dan menghapuskan sebarang bentuk rasuah dan melaksanakan penambahbaikan berterusan melalui Sistem Pengurusan Antirasuah (ISO 37001:2016).
6.Melalui Dasar Perlindungan Pemberi Maklumat, TBS sentiasa memberi ruang kepada warga TBS dan Pemegang Taruh (stakeholder) untuk melaporkan sebarang salah laku rasuah di TBS.
7.TBS komited untuk sentiasa menambahbaik keperluan-keperluan di bawah Dasar Antirasuah ini dari masa ke masa.
8.Jawatankuasa yang dilantik berhubung dengan Integriti dan Audit yang mempunyai kuasa dan bebas diwujudkan untuk memantau pematuhan kepada Sistem
9.Pengurusan Anti rasuah secara menyeluruh dan melaporkan kepada Ahli LBW atau Pihak Pengurusan Tertinggi.
10.Tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil ke atas warga TBS yang gagal mematuhi Dasar Antirasuah ini.
PENAFIAN: TBS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi skrin 1280x1024.