Jenis-Jenis Kesalahan Rasuah

1.KESALAHAN MENERIMA SUAPAN
(Di Bawah Seksyen 16, Akta 694)

1.1 Mana-mana warga kerja TBS secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan apa-apa perkara atau transaksi; atau

1.2 Mana-mana warga kerja TBS secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah dirinya atau orang lain apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan apa-apa perkara atau transaksi.


2.KESALAHAN MEMBERI ATAU MENERIMA SUAPAN OLEH EJEN
(Di Bawah Seksyen 17 (b), Akta 694)

2.1 Mana-mana warga kerja TBS sebagai seorang ejen secara rasuah menyetuju terima atau memperoleh daripada mana-mana orang untuk dirinya atau orang lain, apa-apa suapan sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan, berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya atau;

2.2 Mana-mana warga kerja TBS sebagai seorang ejen memberikan atau bersetuju untuk memberikan atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan, berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya.

       
Ejen- Ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh atau bertindak bagi seorang lain, dan termasuklah pegawai dalam organisasi atau yang berkhidmat dalam atau di bawah mana-mana organisasi pemegang Amanah, pentadbir atau wasi pusaka seseorang  yang sudah mati, subkontraktor, dan mana-mana orang yang diambil kerja oleh atau yang bertindak bagi pemegang Amanah, pentadbir atau wasi atau sub kontraktor itu.


3.KESALAHAN MEMBUAT  TUNTUTAN PALSU
(Di Bawah Seksyen 18, Akta 694)

3.1 Mana-mana warga kerja TBS yang memberi seseorang ejen, atau sebagai seorang ejen menggunakan, dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen Iain yang prinsipalnya mempunyai kepentingan, dan dia mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap tentang apa-apa butir matan, dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan majikannya.


4.KESALAHAN MENGGUNAKAN  JAWATAN ATAU KEDUDUKAN UNTUK SUAPAN
(Di Bawah Seksyen 23, Akta 694)

4.1 Mana-mana warga kerja TBS yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya

5.KESALAHAN MENERIMA BARANGAN BERHARGA
(Di Bawah Seksyen 165, Kanun Keseksaan  (Akta 574)

5.1 Mana-mana warga kerja TBS yang menerima atau memperoleh, atau setuju untuk menerima atau cuba untuk memperoleh untuk dirinya atau untuk mana-mana orang lain apa-apa barangan berharga berkaitan dengan tugas rasmi pegawai atau dengan tugas rasmi mana-mana pegawai di bawah seliaan pegawai itu.

6.KESALAHAN MEMALSUKAN DOKUMEN
(Di Bawah Seksyen 465, Kanun Keseksaan (Akta 574)     

6.1 Mana-mana warga kerja TBS yang melakukan pemalsuan hendaklah diambil dengan tindakan sebagaimana terkandung dalam Terma & Syarat Perkhidmat, Majlis Islam Sarawak, (No.Dokumen: TBS/TNC/01).

 

 


Google Plus YouTube RSS

PENAFIAN: TBS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi skrin 1280x1024.