VISI
Dalam memastikan TBS sentiasa bergerak seiring dengan kemajuan dan selari dengan perubahan zaman maka VISI TBS adalah untuk :
“MENJADI SEBUAH ORGANISASI ISLAM YANG DINAMIK DAN PEMBELA KEPADA UMAT MANUSIA KHUSUSNYA MASYARAKAT ISLAM SARAWAK”.
MISI
Dalam merealisasikan visi TBS maka ia direalisasikan melalui misi-misi berikut :
a. Tabung Baitulmal Sarawak merupakan wakil kepada Majlis Islam Sarawak yang bertanggungjawab dalam perbendaharaan dana dan pemilikan ummah (Perspektif Kewangan)
b. Tabung Baitulmal Sarawak berperanan menyediakan fasarana pengurusan dana dan pemilikan ummah (Perspektif Pelanggan)
c. Tabung Baitulmal Sarawak bergerak seiring dengan rakan-rakan strategik melalui sistem penyampaian yang komprehensif (Perspektif Proses Dalaman)
d. Tabung Baitulmal Sarawak menyediakan landasan penambahnilai untuk modal insan dalam pembangunan ummah (Perspektif Kapasiti Organisasi)
OBJEKTIF
a. Menyumbang dalam pembangunan ummah melalui program mengukuhkan tradisi keilmuan, memantapkan kebajikan ummah dan membangunkan Institusi Islam.
b. Menggemblengkan tenaga kerja profesional dan agama untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Pengurusan.
c. Memudahcarakan Pengurusan zakat, sadaqatul jariah dan wakaf dengan menyediakan prasarana yang diyakini oleh masyarakat melalui pendekatan Pengurusan holistik ke arah mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi.
d. Memperkukuhkan asas kekuatan ekonomi Tabung Baitulmal Sarawak dengan meneroka peluang yang strategik dan berpotensi dalam aktiviti perkembangan modal dan hartanah yang berdaya maju.
MOTTO
Dalam usaha memartabatkan TBS sebagai sebuah institusi Islam yang dapat membela masyarakat Islam maka Motto TBS adalah:
“BERSAMA MEMBERI KESEJAHTERAAN”
Pecahan Motto |
Maksud Motto |
Peranan Kita Yang Diamanahkan |
BERSAMA |
Semua kita mempunyai tanggungjawab pada peringkat masing-masing |
Input kita sebagai pemegang amanah |
MEMBERI |
Pastikan sistem penyampaian kita dapat dinikmati manfaatnya oleh setiap yang berhak dan terkesan |
Proses kita mengikut hukum dan prosedur |
KESEJAHTERAAN |
Pembelaan kepada yang berhak dan terkesan menepati kehendak hukum serta keperluan |
Impak atas usaha kita memberi kesan |
PENAFIAN: TBS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi skrin 1280x1024.