SALAM
Salam diertikan sebagai langkah proaktif untuk memperkenalkan diri bagi memantapkan perhubungan dan ukhuwah di kalangan warga kerja / ia juga sebagai usaha memperkenalkan amalan 5S menjadi budaya kerja harian.
SABAR
Sabar perlu ada kepada setiap peringkat warga kerja yang membudayakan amalan 5S kerana ia menuntut disiplin yang tinggi.
SYUKUR
Syukur hendaklah disemai dalam diri kita yang diizinkan untuk berhadapan dengan ujian amalan 5S kerana peluang untuk membuktikan kemampuan dan mencapai kejayaan hendaklah bermula dengan cabaran serta ujian.
SOPAN
Sopan dalam mengamalkan budaya 5S perlu disemai kerana tingkah laku yang sopan dan hormat terhadap orang lain ialah dua sufat utama daripada seorang bijaksana.
SETIA
Setia dengan satu amalan yang baik seperti 5S hendaklah dijaga supaya rasa pemilikan hasil daripada budaya tersebut boleh menjamin kesinambungan amalannya.
PENAFIAN: TBS tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi skrin 1280x1024.