MAJLIS PERASMIAN KIOSK KUTIPAN ZAKAT TABUNG BAITULMAL SARAWAK
KUCHING, 14 APRIL – Majlis Perasmian Kiosk Kutipan Zakat Tabung Baitulmal Sarawak telah diadakan bertempat di Majma Mall yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datu Haji Abg. Mohd. Shibli Bin Haji Abg. Mohd Nailie, Pengurus Besar, Tabung Baitulmal Sarawak.
Tabung Baitulmal Sarawak telah memperkenalkan satu saluran pembayaran baharu iaitu Kiosk Kutipan Zakat bertempat di Kompleks Islam Sarawak Kuching, Sibu dan Miri. Iabertujuan memudahkan masyarakat Islam utuk membuat pembayaran Zakat dalam memenuhi kefardhuan berzakat. Kiosk tersebut memperkenalkan kaedah pembayaran secara tunai, kad debit/kredit ataupun e-wallet.
Selain itu, pelanggan juga boleh membuat pembayaran Zakat di kaunter pejabat ataupun menggunakan kaedah pembayaran atas talian seperti Portal Baitulmal Kamek, aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak, aplikasi mudah alih Spay Global dan semua saluran perbankan atas talian di pelbagai bank.