SESI PENYERAHAN BANTUAN KHAS KEPADA PUSAT PEMBERIAN VAKSIN TABUNG BAITULMAL SARAWAK

KUCHING, 21 JUN – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah menganjurkan sesi penyerahan bantuan khas Tabung Baitulmal Sarawak kepada Pusat Pemberian Vaksin Hospital Umum Sarawak, Kuching bertempat di Kozi Square.
Program ini telah disempurnakan oleh YBhg Datu Haji Abang Mohd Shibli Bin Haji Abang Mohd Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak bersama Dr. Dayangku Siti Rafidah Binti Pengiran Hashim, Ketua Jabatan Perubatan Kesihatan Awam Hospital Umum Sarawak, Kuching.
Program ini adalah satu inisiatif Tabung Baitulmal Sarawak melalui prasarana Ummah Distribution Centre (UDC) dalam pengagihan Bantuan Makanan dan Bantuan Peralatan Khas kepada Pusat Pemberian Vaksin di Hospital Umum Sarawak, Kuching. Dalam majlis tersebut, sebanyak 100 pek makanan dan 20 kotak air minuman telah diagihkan kepada Pusat Pemberian Vaksin. Turut disumbang bantuan berbentuk alatan pejabat dan lain-lain bantuan peralatan khas. Inisiatif sumbangan ini bagi membantu frontliners untuk kelancaran perlaksanaan vaksinasi di Hospital Umum Sarawak, Kuching.
Setakat 31 Mei 2021, sebanyak RM28.9 juta hasil kutipan Zakat telah diagihkan kepada Asnaf yang berhak oleh Tabung Baitulmal Sarawak melalui tiga program utamanya iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam dan Program Memantapkan Kebajikan Ummah.