MENZIARAHI DAN MENYANTUNI PARA PESAKIT DI HOSPITAL

TBS HQ: Rutin harian Pelawat Hospital Baitulmal Sarawak; ziarah dan menyantuni pesakit, keluarga pesakit, kelahiran anak, pengurusan jenazah dan seumpamanya. Tabung Baitulmal Sarawak(TBS) telah lama menempatkan sekurang-kurangnya 2 orang Pelawat Hospital yang dikenali sebagai 'Daie Hospital' di setiap Hospital di seluruh Sarawak. Manakala Pelawat atau Daie Hospital Baitulmal di Kuching menziarah dan menyantuni para pesakit di Hospital Umum Sarawak, Hospital Jantung, Samarahan dan Hospital Sentosa.