PENYERAHAN BANTUAN KECEMASAN MANGSA KEBAKARAN DI KG. TANAH HITAM, SEMATAN, KUCHING

KUCHING 26 FEBRUARI - Tabung Baitulmal Sarawak telah menyerahkan bantuan kecemasan bagi mangsa kebakaran di Kampung Tanah Hitam, Sematan. Kebakaran yang berlaku pada 22 Februari 2015, melibatkan sebuah rumah kayu yang dimiliki oleh En Awg Jedi Bin Awg Jini. Beliau bersama isteri dan 4 orang anak tinggal di rumah tersebut yang ranap sama sekali dan turut memusnahkan semua dokumen penting termasuk kad pengenalan dan keperluan persekolahan anak-anak beliau.