TAKLIMAT ZAKAT, FUNGSI DAN PERANAN TBS DI LONG LAMA, MIRI

MIRI, 5 MAC - Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Miri telah mengadakan taklimat tentang kefardhuan zakat, khususnya Zakat Pendapatan serta Fungsi dan Peranan Tabung Baitulmal Sarawak. Majlis ini berlangsung di Masjid Darul Salam, Long Lama, Miri pada pagi 28 Februari 2015.