ZIARAH PN ASIAH ABDULLAH DI KPG SUBAK BEKENU

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL.
TBS MIRI: 5 Februari, Kedaifan dan keuzuran Makcik Asiah Abdullah telah mendapat perhatian Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Miri. Ketua Cawangan, Pn. Marini Bt. Juraibi dan Pegawai TBS Miri telah menziarahi Makcik Asiah serta menyerahkan Bantuan Kerusi Roda dan juga Alat Pemegang Tongkat kepadanya. Makcik Asiah menetap di Kpg. Subak, Bekenu.