TBS HQ : Dakwah antara solat Maghrib/Isyak membincangkan perihal Fadhilat Wakaf bersama penduduk Kampung Bako Indah bertempat di Masjid Imaduddin pada 08 April 2021.
"Wakaf diertikan sebagai satu amalan dengan menyerahkan sebahagian harta dimiliki untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wakaf memutuskan segala bentuk hak dan penguasaan pewakaf ke atas harta yang diwakafkan.
Orang yang mewakafkan hartanya akan diganjarkan pahala yang berkekalan dan berpanjangan selama mana harta wakaf itu masih ada dan terus dimanfaatkan atau tidak musnah".