DAKWAH ZAKAT DAN FIDYAH

TBS Sarikei : Dakwah antara solat Maghrib/Isyak berkenaan Zakat & Fidyah bersama penduduk Kampung Serabang, Pusa bertempat di Masjid Babussalam pada 08 April 2021.
"Bagaimanakah dikatakan zakat itu akan mengurangi harta, sedangkan Allah memberkati harta yang tinggal dengan sebab berzakat?"
‼️ Allah SWT akan menjauhkan harta tersebut daripada sesuatu yang memudaratkannya dan memeliharanya daripada gangguan manusia. Selain daripada perkara tersebut, Allah SWT juga menunjukkan cara-cara untuk memanfaatkan dan mengembangkan harta tersebut kepada pemiliknya. Di samping itu, Allah SWT memberikan ganjaran pahala yang besar kerana mengeluarkan harta semata-mata untuk keredhaan-Nya.