TBS Samarahan : Dakwah antara solat Maghrib/Isyak perihal Fadhilat Zakat Dan Fidyah bersama penduduk Kampung Meranek bertempat di Surau Darul Ehsan, Samarahan pada 08 April 2021.
HUKUM FIDYAH
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.