KUCHING, 12 APRIL – Tabung Baitulmal Sarawak telah mengadakan Sidang Media tentang kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1442H/ 2021M bertempat di Dewan Utama Saidina Umar Al-Khattab, Ibu Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak, Batu Kawa.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa kadar Zakat Fitrah yang telah ditetapkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak bagi tahun ini ialah RM7.00 sahaja untuk seorang.
Bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam yang menunaikan kefardhuan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan, Tabung Baitulmal Sarawak telah menyediakan dua kaedah pembayaran iaitu pembayaran secara tunai kepada Amil yang bertauliah dan melalui atas talian (online).
Seramai 790 orang Amil yang telah diberi tauliah di seluruh Sarawak oleh Tabung Baitulmal Sarawak untuk mengutip Fitrah di seluruh Sarawak dan mereka turut dibekalkan dengan Kit Kesihatan selaras dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Bayaran Zakat Fitrah atas talian (online) dilancarkan bermula seawal Ramadhan. Selain itu, Tabung Baitulmal Sarawak turut menyediakan kemudahan pembayaran melalui Portal Rasmi ‘Baitulmal Kamek’, Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak dan Sarawak Pay.
Manakala, bagi pembayaran Zakat Harta seperti, Zakat Pendapatan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Perniagaan, Zakat Saham, Zakat KWSP, Zakat Emas dan Perak, Zakat Ternakan dan Zakat Tanaman boleh dibayar di kaunter Tabung Baitulmal Sarawak yang terdekat atau melalui Agen Kutipan yang telah dilantik iaitu, Maybank, Public Bank, CIMB Bank, Ambank, HSBC Bank, Pos Malaysia, RHB Bank, Agrobank, Bank Muamalat, Bank Islam, Bank Rakyat, BSN, Myeg dan Sarawak Pay.
Mulai tahun ini, Tabung Baitulmal Sarawak akan melancarkan E-Penyata Zakat Pendapatan melalui skim Potongan Gaji (ZPG) dan boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi ‘Baitulmal Kamek’ mulai 19 April 2021. Inisiatif tersebut merupakan kemudahan bagi pembayar Zakat untuk mendapatkan penyata rasmi pembayaran Zakat Pendapatan mereka. Ini bermakna pihak Tabung Baitulmal Sarawak tidak lagi menghantar penyata melalui pos seperti tahun-tahun sebelumnya.
Di samping itu, sepanjang bulan Ramadhan, Tabung Baitulmal Sarawak juga akan menganjurkan Program ‘Kasih Ramadhan’ di seluruh Sarawak bagi menyantuni beberapa keluarga Asnaf. Mana-mana pihak yang turut ingin menyumbang boleh menyertai program-program yang akan dianjurkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak.
Sekiranya ada kemusykilan atau pertanyaan, sila hubungi pegawai kami di talian Ibu Pejabat 082-682861, Pejabat Cawangan TBS Petra Jaya 082-511243, Pejabat Cawangan TBS Samarahan 082-613329, Pejabat Cawangan TBS Serian 082-891054, Pejabat Cawangan TBS Sri Aman 083-327571, Pejabat Cawangan TBS Sarikei 084-656160, Pejabat Cawangan TBS Sibu 084-214941, Pejabat Cawangan TBS Mukah 084-873634,Pejabat Perhubungan Daro 084-823475,Pejabat Cawangan TBS Bintulu 086-337217, Pejabat Cawangan TBS Miri 085-326791, Pejabat Cawangan TBS Limbang 085-212623, dan Pejabat Perhubungan Lawas 085-285496.
Sehubungan dengan itu, pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak ingin menyeru kepada masyarakat Islam untuk mengambil maklum dengan perkara tersebut.