PELANCARAN RASMI 'KASIH RAMADHAN'.

KUCHING, 13 APRIL 2021 - Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah menganjurkan Program Kasih Ramadhan yang bertempat di Ummah Distribution Centre (UDC), Medan Hamidah, Jalan Bako, Petra Jaya Kuching
Program'Kasih Ramadhan' ini telah disempurnakan oleh Ybhg Datu Haji Abang Mohd Shibli Haji Abang Mohd Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak. Program 'Kasih Ramadhan' adalah satu inisiatif memanifestasikan ekosistem bantuan Tabung Baitulmal Sarawak melalui prasarana UDC dalam pengagihan Bantuan Makanan dan Kewangan kepada para Asnaf khususnya dalam bulan Ramadhan ini. Masyarakat digalakkan untuk turut bersama dalam menjayakan program ini dengan menyumbang dalam bentuk kewangan ataupun makanan serta menyantuni para Asnaf dari rumah ke rumah. Program ini akan dilaksanakan di seluruh Sarawak melalui Cawangan-cawangan TBS setiap Bahagian.
Pengagihan hari ini dimulakan di UDC dan disusuli di beberapa kampung sekitar Bandaraya Kuching iaitu Kampung Siol Kandis, Kampung Gersik dan Kampung Bintawa Ulu. Seramai 3,381 orang bilangan penerima Bantuan Sara Hidup yang sedia ada akan disalurkan bantuan ini bagi meringankan beban mereka semasa bulan Ramadhan ini dan sebagai persediaan sempena Syawal yang bakal tiba.
Sebagai institusi yang diamahkan untuk mengurus Zakat, Wakaf dan Sedekah, semua inisiatif proses Kutipan dan Agihan Zakat adalah bertujuan untuk membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya para Asnaf.