PEMANTAUAN KE ATAS PESERTA PROGRAM ASNAF BERDIKARI BERTEMPAT DI LAWAS

TBS Bahagian Limbang/Lawas:
Pemantauan ke atas peserta Program Asnaf Berdikari di mana peserta telah mula berniaga. Program ini merupakan kerjasama antara Pejabat Perhubungan Baitulmal Lawas dengan Pejabat Kemas Daerah Lawas di mana 10 orang asnaf terpilih telah diberikan peluang untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah. Antara produk yang dijual adalah aneka kuih 'frozen food', cucur, ayam panggang, mee kuning, air balang dan lain-lain. Pemantauan dilakukan pada 28 Jun 2022 bertempat di sekitar Merapok, Luagan dan Trusan, Lawas.