ZIARAH ASNAF TABUNG BAITULMAL SARAWAK SIBU DENGAN KERJASAMA YAYASAN KEPIMPINAN AL-BAIT

TBS Bahagian Sibu :
Ziarah Asnaf Tabung Baitulmal Sarawak Bahagian Sibu dengan kerjasama Yayasan Kepimpinan Al-Bait bersempena Program Kasih Ramadan. Penyerahan Bantuan Kotak Putih telah disampaikan oleh Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, YBhg. Datu Haji Abg Mohd Shibli bin Haji Abg Mohd Nailie kepada Penerima Bantuan Sara Hidup Tabung Baitulmal Sarawak bertempat di kediaman penerima pada 8 Mac 2025.