MAJLIS IFTAR PERDANA BERSAMA ASNAF BAHAGIAN MIRI

Majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf, Bahagian Miri telah dihadiri oleh Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, YBhg. Mejar (K) Datu Hj Abg Mohd Shibli Bin Hj Abg Mohd Nailie bertempat di Dewan Kompleks Islam, Miri pada 10 Mac 2025.
Antara pengisian adalah rakaman siri Podcast bertema ’Baitulmal Tanggungjawab Kita Bersama' yang dibicarakan oleh Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak bersama Encik Ghazali Bin Zawawi dari TVS yang akan disiarkan pada 22 Mac 2025. Fokus podcastpada kali ini adalah memberi pengkhususan kepada masyarakat berkenaan transformasi TBS ke arah kecermelangan .
Turut diadakan pengagihan bantuan kepada penerima bantuan terdiri daripada Asnaf di bawah jagaan TBS, pelajar tahfiz serta sebuah Pusat Tahfiz.