MAJLIS IFTAR PERDANA BERSAMA ASNAF BAHAGIAN SIBU

Majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf, Bahagian Sibu yang dihadiri oleh Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, YBhg. Mejar (K) Datu Hj Abg Mohd Shibli Bin Hj Abg Mohd Nailie bertempat di Dewan Kompleks Islam, Sibu pada 8 Mac 2025.
Antara pengisian adalah rakaman siri Podcast bertema 'Bersama Memberi Kesejahteraan' yang dibicarakan oleh Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak bersama Encik Ghazali Bin Zawawi dari TVS yang akan disiarkan pada 16 Mac 2025. Fokus podcast adal ahmemberi pengkhususan kepada masyarakat berkenaan pengagihan bantuan zakat.
Turut diadakan pengagihan bantuan kepada penerima bantuan terdiri daripada Asnaf di bawah jagaan TBS, pelajar tahfiz serta sebuah Pusat Tahfiz.